29 Jun 2020 - 15:21
Pesuruhjaya PBB Gesa Israel Henti Proses Pengilhakkan Tebing Barat

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB mengecam rancangan "haram" rejim Israel untuk mengilhak sebahagian besar Wilayah Palestin yang diduduki rejim di tebing Barat sambil mengingatkan mereka tentang kesan buruk yang mungkin timbul akibat daripada tindakan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB mengecam rancangan "haram" rejim Israel untuk mengilhak sebahagian besar Wilayah Palestin yang diduduki rejim di tebing Barat sambil mengingatkan mereka tentang kesan buruk yang mungkin timbul akibat daripada tindakan tersebut.

"Pengilhakkan adalah tidak sah. Sebarang bentuk pengilhakkan (adalah tidak sah). Sama ada perkara itu melibatkan tiga puluh peratus daripada wilayah di Tebing Barat atau lima peratus," kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi urusan hak asasi manusia, Michelle Bachelet berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin.

Beliau juga menambah bahawa Israel perlu "mendengar nasihat daripada bekas pegawai kanan dan jeneral mereka sendiri serta pelbagai pendapat dari seluruh dunia," berhubung pendekatan yang bakal diambil oleh rejim tersebut.

Michelle Bachelet kemudiannya memberi amaran yang menggesa rejim Israel untuk segera meninggalkan projek pengilhakkan tersebut yang disifatkannya sebagai "berbahaya".

Beliau menyeru rejim Tel Aviv untuk segera mengubah haluan mereka sambil mengatakan bahawa "gelombang buruk yang bakal timbul akibat daripada proses pengilhakkan akan berterusan selama beberapa dekad dan bakal merosakkan Israel serta Palestin." -Press TV